Nuffnang Ads

Monday, November 29, 2010

Our FISH






KELAH MERAH- RED MAHSEER











 RED TILAPIA











AROWANA MALAYSIAN GOLD







  

KELI- CATFISH













KRAI KUNYIT & KRAI PUTIH
Taxonomy Name
Hypsibarbus pierrei






 SIAKAP AIR TAWAR-Barramundi

Wednesday, November 17, 2010

KELAH-King Of The River

        Ikan Kelah atau Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India.

        Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilo gram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.Ikan Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak.Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.

        Ikan kelah bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata pancing. Justeru, kombinasi semangat juang yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar.Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.


            Dikenali sebagai 'King of the River', kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia.Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesies.Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah. Habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang lebih 500 meter dari paras laut.Secara logiknya, ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju. Ikan kelah ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50 kilogram (kg) dan dikenali kerana memiliki bibir dan mulut yang besar.Selain itu, ikan kelah mempunyai garisan lateral (tengah) yang jelas dilihat di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan cantik. 
    
            Jumlah sisik di bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping.Ikan kelah juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal (ekor). Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah ia mempunyai lebihan daging di bawah dagunya.

        Ikan kelah betina bertelur sepanjang tahun dan mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai.Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit-sedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekali gus.


Miller or the Mahseer fish is the carp family Cyprinidae in the large scales, and a sport fish mainly and widely available in India and in general in South East Asia.Mahseer is originally described by Hamilton in 1822, and first mentioned in the fishing challenge the Oriental Sporting Magazine in 1833, and later became a favorite quarry of British anglers living in India.

        
Golden Mahseer species known to reach 2.75 meters (9 feet) in length and 54 kilogram (118 pounds) in weight, although specimens of this size are rarely seen in today . Miller fish inhabits rivers and lakes, and streams rise to the fast and the river bed with rocky for flourish.Same with other types of carp, they are omnivores and eat not only algae, crustaceans, insects, frogs, and other fish, but also the fruits that fall from the trees .Others getting caught for sport, fishing complaint is also part of commercial fisheries in India.


        
Thus, the combination of high spirit and when the barb hit its content makes it a good game anglers and fresh water fish enthusiasts .As a result, excessive fishing pressure and demand in the market is now threatened with extinction.

            
Known as the 'King of the River', the charge is a fish found only in Asia such as India, Thailand, Malaysia and Indonesia.There are more than  19 species in the world and in Malaysia there were only three fish species.Majority complain that found here are the red complaint. Natural habitats of fish in the river complaint is that more than 500 meters from the high sea. Logically complain fish are fish that swim endurance and agility as they live on rocks that have a water rate.These fish can grow up to charge more than 50 kilograms (kg) and is known for having a big  lips and mouth, the fish lateral lines charge (middle) is clearly seen in the middle part of the body and also has large scales and beautiful.
    
            
Number of scales in the lateral line (middle), adults tend to be between 20 and 30 fragment.Fish complaint also has several such pektoral fin, pelvic, dorsal, anal and caudal fin (tail). Fish difference complain to the other fish is that it has more flesh under his chin.

        
Fish charge throughout the year and females lay eggs after the rainy season in the rocks or puddles of water in the vicinity of river.Normally it will produce eggs in a little bit according to the egg maturation as compared with other fish that produce eggs at once.

Note: courtesy of http://pmr.penerangan.gov.my